Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Ukhuwah. Setelah hampir 2 tahun meninggalkan dunia blogging, terdetik untuk saya menyambung semula. Nasib baiklah masih ingat lagi password blog ini. Kalau tak, susahlah nak access dashboard blog saya ni. Saya just sambung jer dari post yang terdahulu. Terimbau kembali saya pada zaman belajar dahulu. Betapa payah mahu menghabiskan ijazah sarjana saya. Alhamdulillah saya kini telah mendapat sekeping Ijazah dalam Seni Fotografi dan Pengimejan Kreatif dari UiTM Shah Alam.
Saya juga telah hampir setahun lebih juga bekerja sebagai Photo Retoucher di Zalora Malaysia. Pelbagai ragam dan pengalaman samada manis, masam, masin mahupun pahit telah saya alami. Seronok bekerja di sini kerana suasana kerjanya yang kasual. Paling istimewa adalah saya telah bertemu kembali dengan Ex saya yang telah setahun putus. Kami berpacaran hampir 3 tahun sejak saya di zaman diploma lagi. Kebetulan ofis dia dengan saya taklah jauh mana, hanya 1km lebih jer. Kalau dah jodoh, tak kemana. Dia terus melamar saya. Saya menerimanya kerana saya masih sayangkan dia dan tak boleh lupakan dia walaupun setahun kami clash.
Akhinya, pada tarikh keramat 7 Disember 2012, kami diijabkabulkan. Syukur Alhamdulillah. Saya berasa sungguh bertuah kerana bagi saya, susah nak cari lelaki macam suami saya ni. Haha, tergelak sedikit di dalam hati. Tapi, selepas kahwin, banyak yang berubah. Suami saya pentingkan agama dan sedaya upaya mendidik saya dengan baik. Saya sedang berusaha berubah terutamanya dari segi aurat. Hari demi hari, banyak ujian dan dugaan yang kami tempuhi sebagai suami isteri. Banyak pengajaran boleh dipelajari. Yang penting kita kena sentiasa tabah dan sabar serta sentiasa bertoleransi antara satu sama lain. Pejam celik, sudah hampir setahun kami berkahwin. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Amin..
Last but not least, selamat membaca dan melayari blog saya. Maafkan saya jika ada kekurangan pada nukilan ini. In Sya Allah saya akan cuba berkongsi cerita atau apa2 pengalaman saya menerusi blog ini.
Salam ukhwuah..