Mulai 1 Januari 2011, Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) telah mula dibuka dan beroperasi sepenuhnya kepada orang ramai terutama mereka yang ingin ke selatan semenjung. Terminal yang dianggar berharga RM570 juta mula dibina pada 2008 dengan dilengkapi kemudahan moden, dijangka dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna berbanding terminal sebelum ini.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan yang lebih selesa, terminal ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, bangunan TBS-BTS, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita. Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
Terima kasih
ReplyDeleteGambar 1 panorama dan gambar 2..saya rasa ada tak kena pada pandangan saya, kena cari lagi..Gambar 3papan tanda -pernah tengok gambar dipasaran saham,gambar index saha jelas.tapi gambar org yg melihat out of focus..
2.Bila shooting awak mesti ada aim nk visualkan keselesaan pengguna,bukan sekadar ingin dokumenkan.gambar bas dan org pun kena ada!t kasihj
suka gambar loker tu... colourful.
ReplyDelete