Wednesday, February 16, 2011

WEEK 5 : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN.

Sambutan Maulidur Rasul SAW diadakan setiap menjelang Rabiulawal saban tahun. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Sambutan ini telah berlangsung pada tanggal 12 Rabiulawal 1432 Hijriah ini, bersamaan dengan 15 Februari 2011 Masehi.

Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ‘1Malaysia, 1Ummah’; sudah tentulah Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah. Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan ‘1Malaysia, 1Ummah’.

Marilah kita jadikan sambutan yang penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk kita terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang bagi melahirkan kekuatan 1Ummah yang progresif. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat.

Peserta-peserta yang berarak.

Ketibaan Y.D.P.A Tengku Mizan

Banner 1 Ummah.

Khusyuk mendengar..

Tan Sri Hishamudin bin Tun Hussein Onn.


1 comment:

  1. ok, kalau dapat ambil gambar Agong kira dah kira oklah
    Dapat close up wakil negara asing pun ada value juga.
    Selain daripada itu, kalau kita gagal masuk dekat, kita mungkin boleh cari side story, maacam candid shot gelagat org ramai pun menarik juga. jadi kena merayau / observe lebih lagi.tk

    ReplyDelete