Monday, March 7, 2011

WEEK 7: HARI TERBUKA TENTERA DARAT

Hari Terbuka Tentera Darat Ke-78 Perkenal Aset Tentera Kepada Umum.

Hari Terbuka yang julung-julung kalinya diadakan bersempena dengan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 bertujuan memperlihatkan aset-aset yang dimiliki oleh Tentera Darat (TD) kepada umum.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata aset-aset yang diperlihatkan itu adalah yang digunakan dalam apa jua keadaan untuk mempertahankan negara.

Sambutan yang juga bertujuan untuk merapatkan TD dengan orang awam itu turut mempersembahkan pelbagai pertunjukan kepakaran antaranya demonstrasi anjing perang, pertunjukan payung terjun, pertunjukan PARA Warrior Dance, dan demonstrasi Unit Lawan Keganasan (ULK).

Perarakan dari kontinjen tentera darat.

Aksi meniup trompet.

Cuit hati melihat perarakan.

Tidak ketinggalan untuk merakam gambar juga.

Salah seorang tentera di atas kereta kebal.

United Nation?

Pasukan Gerak Khas Bermotor


Seorang wartawan TV9 sedang membuat rakaman liputan sempena Hari Terbuka Tentera Darat.



Pertunjukan Payung Terjun.

Pertunjukan Payung Terjun
.
Gelagat budak-budak yang asyik melihat aksi Helikopter di udara.



1 comment:

  1. saya suka gambar 2,3,5 & 11, kerana moment yg menarik.gambar paracut akan menarik jika dikompos dgn building di belakang..nampak landsmak KL.
    ok bagus/

    ReplyDelete