Tuesday, March 15, 2011

WEEK 8: JOURNEY TO THE WILDLIFE & ABORIGINAL VILLAGE

Kehidupan Orang Batek yang merupakan salah satu daripada suku kaum Orang Asli di negara ini masih tidak banyak berbeza dengan cara hidup mereka suatu ketika dahulu. Bukan sahaja daripada paras rupa dan penampilan, malah amalan berpindah-randah (nomad) yang diwarisi sejak turun-temurun masih lagi diamalkan sehingga kini.


Itulah realiti kaum Batek yang mendiami kawasan hutan di Pahang walaupun negara sudah jauh membangun. Keistimewaan itulah yang menjadikan mereka salah satu daripada tarikan utama di Taman Negara Pahang, Jerantut.

Wajah seorang anak orang asli.

Kepakaran orang asli adalah menyumpit.

Masih lagi menggunakan kaedah lama untuk membuat api.

Kayu api masih digunakan bagi tujuan memasak.


Meninjau keindahan alam semula jadi yang usianya menjangkau 130 juta tahun.Taman Negara adalah salah satu hutan tropika yang tertua didunia. Masih lagi tersimpan pelbagai jenis flora dan fauna.

Pepatung

Rama-rama

2 comments: